Followers

Monday, August 24, 2009

positifffff

tak tahu nak buat apa lagi dalam keadaan begini..
mungkin.. jalan yang terbaik adalah dengan berfikiran positif!!
yaa!! think positive gurll!!
only then u can smile n brighten ur day.
^.^

Wednesday, August 19, 2009

terbaru !!

ting ting ting ting ting !!
aha.. nak buat macam satu pengumuman pulak.
di isytiharkan nurhanis berehat selama 2 minggu start dari 14hb-27hb ogosss 2009.
ok3. jangan baling kasut lagi,nanti dulu, dengar penjelasan dulu ye.
hanis!! kau bukannye kat atas pentas ok!
saya dilanggar kereta!!
amat dahsyat. akan diceritakan..
in the next entry...

Friday, July 24, 2009

rumah ku tetap rumah ku

aku dah selamat sampai rumah.
sangat seronok sebab dapat sampai rumah.
pasti ada orang yang jealous dengan aku sebab aku sampai rumah lebih awal dari dia.hahaha
apa pun. aku dah sampai rumah. tak ada kena mengena dengan korang pon kan.
tapi..
suke ati aku le.
hahaha






mood ---> terlalu seronok sampai tak tahu nak cakap ape dah..
sekian harap maklum.
semoga aku dapat makan puas2 =)

Thursday, July 23, 2009

4.56 am

tidak boleh nak lelapkan mata..
sudah main game fever frenzy and wedding dash untuk nak mengantukkan mata ini, tapi tak berjaya pon.
malam tadi tak makan malam pun..
then makan maggi je untuk sedapkan perut yang padahal lagi tak menyedapkan perut..
aku sudah masuk usm..
namun masih tak ada mood atau masih belum sedia untuk menghadapi segala kuliah2 serta menempuh segala assignment yang mendatang.
studio untuk sem ini ternyata sangat membosankan.
memandangkan hanya kena buat report, research, survey and so on lah.
tak suka ok !! pull stop.
aku suka kerja studio sem lepas. design layout !! sukanya!!
haishh betapa aku suka buat menatang itu. tak tauw nak habaq lagu mana dah kat ampa ni.
hmm.. pukul 8 kejap lagi dah nak kena dengar talk.need to take a short nap!!at least..!!
p/s : he's going to cameron highlands.
i hope he'll be ok. =)

Saturday, July 4, 2009

out for bowling ~~!!

yippie!! yappa!! yuppu!!

at last, ade jugak spend time untuk bermain bowling =)
i'm craving for it ok.da lame da.. rase ketagih pon ade. "ish, bahaya hang nih, ketagih-ketagih ni boleh kena tangkap polis woo.." heheh. gila budak2 nie.


after working time, tepat pukul 5, masa untuk mem'blah'kan diri dari ofis yang sangat membosankan aku kerana aku terpaksa menatap skrin bergambarkan autocad yang kadang2nye aku mengulat aku bukak internet jugak (ni semua orang pon buat jugak, bukan aku sorang je) dari pukul 8.30 pagi until 4.30 petang.

huh?? kenapa 8.30 pagi? sebab pagi2 pukul 8 aku datang ofis. dah punch card kita kluaq la balik.kan kan kan.walaupun sudah sarapan nasi lemak dan air teh o panas di rumah sebelum menjejakkan kaki di ofis, namun, ia xcukup untuk perut aku yang bertubuh kecik molek ni.hahhaha.

huh?? kenapa 4.30 petang? sebab pukul 4 tu, aku da start boring da, dan memulakan kerja2 mengulat seperti melayari internet secara sesuka hati, sembang2 dengan gelak2 kuat2 atau pergi pantry dan carilah ape2 yang ade dan habiskan. sekarang kan musim buah2an, maka belambak la jugak rambutan yang ada kat pantry tu. tapi belum sempat aku nak sapu bagi habis, die dah habis dulu daa..

huh?? kenapa hanis ni cerita banyak sangat sampai dah malas nak taip ni??
huh?? shadap ah.

eh3. aku nak cerita pasal bowling nie.. bukan pasal ofis la.

ok2. mari baca!! mari baca !! (ini bukan iklan ribenna)


after working time, terus bersiap siap untuk pergi memainkan diri di Park Avenue Bowling Centre kat Sungai Petani. haish. cadang nak start awal coz nak abis awal so that boley makan awal n tidur awal n tengok tv n tengok awal ashaari. heheh. disebabkan menunggu pacik2 yang amat terhegeh2 itu, maka kami pon terpaksa start main lambat. hegeh betul. meluek aku !!!!!

pergi sane berbekalkan 2 biji kereta,(budak2 yang masih bersekolah harap jangan baca artikel ni kerana penggunaan bahasa yang 'tinggi'.hehe). aku n k.hasni naik dengan k.linda. fairuz pulak naik dengan fahmi. wan pula naik moto skuter dia yang berboncengkan grey. waouuw !!haha

oleh itu, sesampainya di park avenue, terus choose lane n start main. of course la geng perempuan melawan geng lelaki. dan pastinya geng perempuan kalah..=( sedey betul. pastu keluar pulak ayat geng sape kalah kena belanja..sdey lagi sekali.

namun, untuk pemain terbaik perseorangan, mestilah di menangi oleh aku !! yehoooooo!! aku menang !! korang semua kalah!! kena belanja aku !


sesudah penat bermain, (main 2 game je pon) kami pon terus balik dan membuat keputusan untuk xnak membelanja mereka2 itu.haha. kami terus menuju ke kedai makan tomyam NBN @ NuBhaN untuk makan malam. aku order k.teow tomyam, n air asam. tak tahulah kenapa semenjak dua menjak tiga menjak ni, aku asyik order air asam je..


sesudah habis makan, kami pon balik. hantar k.hasni ke Bertam Indah dan hantar aku ke Bertam Putra.dan k.linda balik ke Bertam Perdana.


dari kiri cepat jalan !! fairuz, HANIS, k.hasni, k.linda.


ni baru game yang pertama, k.linda da 'ngap' keropok.


ini grey yang tangkap. ouaww !!


muka dah tak larat nak main. semua sudah pancit.



pilih jangan tak pilih ye.



gaya yang betul nak baling tembikai.



ohh. gaya seorang puan. hehehe



ini baling ape nih.



patutkah gaya sebegini di tempat bowling??


untuk mengundi, taip ON UNDI dan hantar ke 32772


tidur time ~~ =)

Saturday, June 20, 2009

Geng Chihuahua


Geng Chihuahua!!
Woa!! Aku sudah lama tidak menulis disini. Eh3. Tak. Tak menulis pun. Woa !! dah lama tak menaip di sini. Tapi bunyi ayat tu macam tak berapa sedap kan. oleh itu kita kembali menggunakan ayat yang pertama tadi. Woa !! lamanya aku tidak menulis di sini. Hehehe. Stop crapping la anis.

Kenapa aku rasa macam dah nak terlari dari tajuk berita hari ini nih. Ok. Kembali ke seri pentas !!

Aku sebenarnya rindukan masa2 yang aku luangkan dengan kawan2 sem lepas. Eceh. Macam setiap sem tukar kawan je.hgtwyf. -_-


Sila jangan salah mentafsir maksud ayat tersebut. Aku sebenarnya rindu sem lepas, tym pergi ‘merendek’ dengan geng Chihuahua yang di kagumi ramai & diri sendiri. Nama geng di beri oleh seorang yang paling TUA di antara ahli geng. Walaupun berstatuskan yang paling tua, namun dia ibarat seorang adek kicik manis ( sila pronouns macam nada pakcik benggali naik moto bawak peti besar warna hijau bawak roti bertimbun timbun cakap ) yang paling senang untuk di buli dan di uli. Haha. Tapi ape kan daye. Eh apa pasal keluar ayat key el pulak nih. Tukar tukar. Tapi apa kan daya, dia yang selalu buli I. uhukuhuk.


So, it’s BJ’s time !!

Kalau bebudak USM, kau tidak perlu bangga untuk baca ayat tadi tu dengan bangganya. Kerana boleh kata tiap2 minggu pergi merendek di sana. Tapi untuk seorang yang amat rindu akan geng Chihuahua aku, aku bangga sebut it’s BJ’s time !! hahahahaa. ( sila gelak jugak )


Pergi ke sana bersama si mak tiri,k.eijan, si berbakat kakak tiri,nomet, si boleh jadi pemberita gosip2 hangat,dayah n si selalu kena buli, hanis yang baek hati.hahaha.ytwfgqk.


Mereka membawa sekali ‘marka2’ mereka.aku n k.eijan je yang tak ada. Oleh itu, maka, hatta, kami pun jadi couple untuk waktu itu. Tapi aku la yang kena jadi perkasa sedikit oleh sebab aku lebih tinggi. Tapi tak ape je kan kalau lelaki lebih rendah dari perempuannya. Orang tua2 kata murah rezeki tau. Patutlah ramai datuk2 yang berketinggian tak berapa nak tinggi kan. Kepada perempuan2 yang berasa agak malas untuk mencari harta pencarian sendiri boleh cari lelaki yang memberi murah rezeki ini.heeee .kwtqygf


Jika cakap pasal BJ di kalangan aku dengan mereka inih, tak lain tak bukan untuk memborong dan membolot selendang baru yang bermacam fesyen, warna, corak, gaya dan stail. Nak yang ada juntai2 or tak nak, nak yang chiffon ke, nak yang silk punya ke, nak habaq mai kat ampa ni, memang semua ada lah. Sampai aku pun dah tergoda sampai aku beli jugak satu. Hihi. Kalau nak pi round satu BJ tu nak pergi menyinggahkan diri di setiap selendang, huish, tak larat !!! pancet nyah !! haha.


Namun, bagi aku, aku tak suka pakai selendang2 ni, aku lebih suka untuk pakaikan dekat orang. Tang tu, aku suka !! di BJ aku lebih suka untuk pergi habiskan masa, duit, dan tenaga zahir dan batin untuk pergi main bowling, atau pergi karok, atau pergi makan nasi ayam misai semata-mata, ataupun bawak diri selepas merajuk. Hahaha.mesti kau orang akan cakap ape class majuk pergi BJ!! Haha. Tu je yang mampu nak pergi. Nak pergi jauh2 takot.
Apapun, aku rindu ampa semua….




kawan kawan kawan kawan kawan




hahahaahaha. censored !!




si photographer k.eijan tak ada dalam gambar. oleh itu, letakkan gambar ini untuk kenang kenangan =)


Guys !! Sem depan jom pi merendek lagi !!

smashed !!

Adoiy!!!! Sakitnya…aku smash hang balik pas ni!! Huh!!
Hahaha. Itulah kata hati aku selepas aku di smash tepat di atas tulang pipi kanan aku yang tersorong2 inih. Humm.. nasib baik tak kena mata. Kalau x, memang aku kena pakai spek la lepas ni which is I really hate. Belia benci spek. Wqtygfh.

Tapi aku sebenarnya berasa kelainan sedikit selepas di smash. Itupun selepas beberapa hari. Kadang2 aku rasa macam, bila nampak sesuatu, aku nampak samar2 je. Even benda yang aku tengok tu just berada di depan aku je. Tak sampai satu meter pun. Adakah aku harus berjumpa @ berdating dengan doktor untuk check mata inih??? Humm.. masih memikirkannya.

Kalau pergi dalam masa terdekat ni, maka harus mengeluarkan duit untuk pergi klinik. Tapi kalau pergi bila sudah mendaftarkan diri di usm, maka tak perlu keluarkan wang. But, don’t u think that it’s too late?? It’s almost a month after I have been smashed!! Tak patut. Tak patut.
Oleh itu, apa yang harus saya lakukan sekarang ini?? Kita pergi makan, tidur n tengok tv dulu ok !!

p/s : aku sudah berasa fobia untuk bermain badminton. Kalau aku nak main pon aku hanya nak ambil bola yang di belakang sahaja. Tak nak main dekat dengan net. Tak nak!! Tak nak !!

MAB -_-

Di atas request oleh seseorang, maka aku letakkan gambar dinner MAB yang aku tak berapa nak suka ni. Lihat, disebabkan kau, aku letakkan juga entri ini khas untuk kau. Di sini aku sertakan gambar yang aku ada. Eceh, macam nak tulis surat kat orang jauh je kan. hahaha. Ywtrqhf.

MAB adalah suatu benda yang aku kurang nak suka. Aku hanya suka tym join tarian untuk malam penutup itu. Itu saja. Oleh itu, aku memberi nama yang special untuknya iaitu, Majlis Aku Bosan.

Tetapi, untuk dinner majlis aku bosan ini, aku sangat suka kerana aku dapat makan free se free2nya. Aku yang elergik udang tak pernah nak sentuh udang ni, telah pun melanggar undang2 serta akta2 bagi seorang yang elergik udang. Aku melantak banyak gila udang pada malam itu. Itupun sebab aku merasa bosan gila pada malam dinner itu. Nasib baik ada kawan2 gila yang menghiburkan aku. Hahaha.
























hahaha. amek kau. muka setelah di kerjakan oleh k.eijan !!




Sunday, May 24, 2009

at last =)


yeah !!!



at last !! aku berjaya mencapai target untuk mendapatkan menatang ituh. hasil daripada aku bekerja part time hasil pertolongan pilaf. muahaha. apesal nama dia perlu wujud dalam blog aku inih. baek2. itu orang telah banyak menolong ketika susah. jika mahukan kerja part time, mesti tanya dia punya. maka boleh gelarkan dia pilaf part time atau pun part time pilaf atau nasi pilaf pakistan. hehehehe. diam ah hanis.



ok!! kembali ke seri pentas.

aku sangat amat mengimpikan menatang inih. sudah lama. selama ini hanya menatap purse mengira berapa helai kertas merah yang berada di ruang di dalam purse itu. kadang kala aku perlu menyorokkan beberapa helai untuk berjimat untuk memenuhi impian aku inih. namun sekarang... aku boleh tersenyum, tersengih, tersenyum kambing dan segalanya lah.. kerana aku telah berjaya bekerja dan mendapatkan gaji pertama =)



so, oleh itu, aku berasa amat berbaloi apabila berjaya membeli menatang inih. kerana hasil gaji part time aku. bangga aku. hihihi ( kembangggg idong )



terima kasih pilaf kerana sentiasa alert dengan gaji aku. hahaha

Saturday, May 23, 2009

main badminton!!


yeeeeehuuuuw!!




hari khamis yang lalu. pergi join ikut main badminton dengan kawan2 sekerja. cewahh. kawan sekerja kunun. hahha. twhgyqf




aku bagaikan anak kecil tatkala berada di kalangan mereka. mereka treat aku macam aku ni budak kecik betuiii. huh.



tapi.. bila kat court badminton nih, diorang lagi treat aku macam budak junior diorang yang boleh dibuli sesuka hati kau. ada ka patut ajak aku main beregu. aku ni dah la tangan bangku ( tak pandai main badminton ). lepas tu bantai aku habis habisan. penat gila la weyh. dah tu pulak menggelakkan aku dengan mengatekan yang aku inih main 'terer' kalah k.yanti pulak tuh. ampa.. gelakkan aku ehh. aku akan kenakan ampa suatu hari nanti. hahahaha. sila gelak evil sekarang.




apa2 pun aku sangat seronok bermain kerana aku tidak sihat pada minggu tersebut. maka adalah tersangat bagus untuk aku mensenamkan diri ku ini yang sudah lama tidak tersenam.puas la main hari itu. al maklumlah sebelum ni main badminton tak proper sebab tak ada court. kalau ada court kat usm tu pun, tempatnya adalah sangat jauh dan confirm sure la penuh. (sayang lemak punya pasal). "sayang jugak ko kat aku eh.." . sebuk la ko ni lemak.






tapi nasi lemak sedapp !!! hari2 makann !!