Followers

Saturday, September 12, 2009

binatang baru bersangkar



haaa. inilah padahnye kalau sudah mula menghupdate blog. asyik nak menekan-nekan keyboard laptop je kerjanya. haish.. tak padan dengan tangan tengah berbalut. tapi, yang hairannya, bila tangan ini sudah berbalut, barula dia tergedix2 nak menaip2. hehe.



haha. ape2 pon mari kita senyum dulu. senyum tu kan boleh buat kita jadi awet muda. bukan nak cari awek muda ya.



sebenarnya nak bercerita tentang hobi yang baru yang baru sahaja dihobikan oleh en.abie. haish.. sejak dah banyak kali ponteng kelas LKM400, inilah padahnye. jangan sekali2 meniru / meng'copy' perangai buruk hanis ini ye.



seperti yang tertera pada tajuk entry kali ini, itulah sebenarnya hobi baru en.abie. binatang yang telah pun berjaya di sangkarkan itu adalah hamster. a mammal which full of BULU!! i tak suka ok. sekali lagi, BULU!! actually, saya memang sangat alergik dengan binatang yang berbulu penuh ni.( ade ke binatang tak ade bulu??? ) sebab memang akan membuatkan i melatah tak tentu hala dan akan melakukan perkara yang tidak dikehendaki secara automatik =)



berbalik kepada si hamster itu, dah lah en.abie tu berresdung, maka, dengan mengambil keputusan untuk menjadikan hamster yang ber'nickname'kan kevin dan russel sebagai 'anak angkat, mengakibatkan penyakit resdungnya itu semakin menjadi-jadi. tapi jangan salah sangka ya, walaupun nama anak2 dia itu bernamakan jantan, tapi dua ekor hamster itu adalah seekor jantan dan seekor betina tau.



nampak macam dua2 ja gemok.



yang gemok itu adalah jantan dan bernama russel. yang kurus tu pulak betina. tapi namanya kevin. inilah akibatnya kalau sudah suka tengok cerita Up.hehe







.russel beraksi makan kuaci.



mula menggigit kulit kuaci.



sudah berjaya mengopak kulit. lihat,ia sedang makan kuaci.





"da abes...nak lagi.."





yang ini i xtau nak panggil ape tapi i panggil serbuk kayu. benda ni tabur dalam sangkar hamster tu sebagai alas lantai sangkar. macam karpet yang heaven gila untuk si hamster ni bila diorang landing atas serbuk2 ni. boleh juga dipanggil selimut yang pecah-pecah.







yang ini pulak makanan dia. en.abie sangat teruja untuk membela si hamster tersebut lalu terus ke kedai binatang untuk beli segala macam aksesori untuk anak2 tercinta. termasuklah jugak makanan yang tak berkhasiat nih. hehe.




tapi, i wonder lah.. kenapa plastik makanan tu bergambarkan gambar inih.kenapa mesti gambar tikus2 cacat berperang? memang tak berkhasiat.










ape2 pon, dibawah ini is the best shot ever!! amat susah dan perit untuk capture gambar diorang ni ok. sangat bangga kerana berjaya tangkap gambar diorang yang sedang melakukan aksi ini.





both of them are adorable kan ??!!

0 Bebelan: