Followers

Saturday, September 12, 2009

s.t.u.d.i.o

Hati ini memang sudah lama ingin benar untuk menjejakkan kaki kembali ke studio planning300.hah. kenapa aku rasa macam ayat aku sangat macam orang tak ambil subjek bahasa melayu LKM400??hehe.



Baeklah. Berbalik kepada ayat yang atas sekali tu tadi, memang aku da lama tak pergi studio. Walaupun sudah sembuh luka di lutut, bahu, belakang dan yang paling penting sekali, sudah sembuh luka di pipi kanan, namun akal fikiran, minda dan otak masih belum berkeadaan stabil sebab masih teringat2 kejadian kemalangan itu dan masih lagi ‘down’ untuk berhadapan dengan semua benda yang perlu dibuat with only just one hand. One hand!!!



Luka ditangan sudah semakin sembuh. Kuku plastis/ kuku palsu yang diletak sementara waktu dekat jari itu pun sudah tercabut akibat keganasan dan kegelojohan baju memasukkan dirinya ke atas badanku.aku sendiri pun dah tak faham dah ape yang aku tulis ni. hehe. Humm.. rasanya tadi nak cerita pasal studio kenapalah tangan ni merewang2 taip yang bukan2 berjela-jela.



Haishh.. jari2 zaman sekarang ni suka buat benda yang bukan2 kan.. Semalam (jumaat) pergi studio woh!!! Hehe.dengan penampilan tangan yang lebih elegan, ber’bandage’kan kain balut hospital kasi n selendang hitam. Badan pulak berpakaikan baju kurung cotton warna putih bunga pink dan bertudungkan tudung saji. Eh. Tak. Tudung ikan bawal warna pink beserta sulam sulaman.




Inilah bebudak studio yang memenuhi arena ruangan studio.hahaha.wtghfqy.



cuaca mendung dalam studio.



ohh. cuaca dah cerah balek.




semakin cerahhh.



nampak dinding tu macam horror gila time pergi studio malam-malam buta.



peace!! setelah lecturer berjaya mengeluarkan diri mereka =)



"haaa. aku ganti lecturer pulak ok !!"


sekarang dah pukul 12pm. jom balek!!



gambar ini sebenarnya fokus on beg cantek or dekat perbincangan kumpulan tu hah??



aku sesat!! hehe




Dah la sampai studio lambat 15mnt. Tapi nasib baek boleh jugak cover dengan memaparkan muka yang sedih macam muka sakit gila tangan aku ni tapi terpaksa jugak pergi studio.hahaha.

kenapa gambar ini ada di sini??????


Berjumpa rakan tauladan.. eh.Malas nak backspace. Berjumpa rakan taulan serta lecturer yang agak kuat membebel n suka komen2. Kalau time presentation 2, kita akan terasa seperti berada didalam rancangan reality tv yang nyanyi2 tu. Haish. Macam mana aku boleh tak ingat ni.tapi yang pasti, ketiga2 lecturer tu memang sebijik macam roslan aziz, fauziah latif n paul moss.


Haa. Yang dr.amir memang sesuai benar dengan karakter roslan aziz. Walaupun dia sangat banyak membebel dan mengkomen tapi aku rasa memang aku boleh terima lagi ayat2 pedas yang dikeluarkan dari mulut dia. Dr.nurwati pulak amat padan jika dipadankan dgn karakter fauziah latif. Haa. Mesti dah faham kan.beliau ini seperti cooler fan untuk sesebuah laptop.eh eh. Cooler untuk kami. Bukan cooler fan atau jenama cooler master yang harga dia rm23.


Yang terakhir sekali adalah paul moss yang amat sesuai dengan karakter en.ghafar. kata2nya amat pedas sepedas maggi ruski tomyam. Tapi maggi ruski tomyam, walaupun pedas tak terhingga tapi masih nak lagi. So, bukan sepedas megi tu lah, tapi sepedas cili padi. Haa. Makan sekali dah taknak la. hehe.

(kalau diorang search nama diorang ni kat google, agak2 keluar x cerita kat blog aku ni??)

mati aku. Dah la malas nak backspace.

1 Bebelan:

Eymie said...

hahaaha! sesuai sgt mereka2 itu dgn pengkritik2 itu....hmm..anyway, dinding yg horror tu ade cerita di sebaliknyer....jeng3 =ppp