Followers

Sunday, May 24, 2009

at last =)


yeah !!!



at last !! aku berjaya mencapai target untuk mendapatkan menatang ituh. hasil daripada aku bekerja part time hasil pertolongan pilaf. muahaha. apesal nama dia perlu wujud dalam blog aku inih. baek2. itu orang telah banyak menolong ketika susah. jika mahukan kerja part time, mesti tanya dia punya. maka boleh gelarkan dia pilaf part time atau pun part time pilaf atau nasi pilaf pakistan. hehehehe. diam ah hanis.



ok!! kembali ke seri pentas.

aku sangat amat mengimpikan menatang inih. sudah lama. selama ini hanya menatap purse mengira berapa helai kertas merah yang berada di ruang di dalam purse itu. kadang kala aku perlu menyorokkan beberapa helai untuk berjimat untuk memenuhi impian aku inih. namun sekarang... aku boleh tersenyum, tersengih, tersenyum kambing dan segalanya lah.. kerana aku telah berjaya bekerja dan mendapatkan gaji pertama =)



so, oleh itu, aku berasa amat berbaloi apabila berjaya membeli menatang inih. kerana hasil gaji part time aku. bangga aku. hihihi ( kembangggg idong )



terima kasih pilaf kerana sentiasa alert dengan gaji aku. hahaha

Saturday, May 23, 2009

main badminton!!


yeeeeehuuuuw!!




hari khamis yang lalu. pergi join ikut main badminton dengan kawan2 sekerja. cewahh. kawan sekerja kunun. hahha. twhgyqf




aku bagaikan anak kecil tatkala berada di kalangan mereka. mereka treat aku macam aku ni budak kecik betuiii. huh.



tapi.. bila kat court badminton nih, diorang lagi treat aku macam budak junior diorang yang boleh dibuli sesuka hati kau. ada ka patut ajak aku main beregu. aku ni dah la tangan bangku ( tak pandai main badminton ). lepas tu bantai aku habis habisan. penat gila la weyh. dah tu pulak menggelakkan aku dengan mengatekan yang aku inih main 'terer' kalah k.yanti pulak tuh. ampa.. gelakkan aku ehh. aku akan kenakan ampa suatu hari nanti. hahahaha. sila gelak evil sekarang.




apa2 pun aku sangat seronok bermain kerana aku tidak sihat pada minggu tersebut. maka adalah tersangat bagus untuk aku mensenamkan diri ku ini yang sudah lama tidak tersenam.puas la main hari itu. al maklumlah sebelum ni main badminton tak proper sebab tak ada court. kalau ada court kat usm tu pun, tempatnya adalah sangat jauh dan confirm sure la penuh. (sayang lemak punya pasal). "sayang jugak ko kat aku eh.." . sebuk la ko ni lemak.






tapi nasi lemak sedapp !!! hari2 makann !!

kenapa.......

mungkin hal ini tidak patut di bicarakan di ruangan ini.
tapi apakan daya.. hati ini tidak lagi dapat menanggung beban memikul perasaan memendam rasa ini..




mungkin inilah jalan yang terbaik..
buat masa ini..
ya..mungkin..










kenapa....


kenapa...


kenapa...
































kenapa sosej kesukaan aku habis dengan begitu cepat, pantas dan laju??????????


















kenapa????????




























aku tak sempat nak makan 3 ketul pon..
tsk.tsk.


.entah gambar apa.

Monday, May 11, 2009

kerja yang seronok


yupppp!!


yipppiEEEE!!


yezzzz!! memang seronok praktikal di bertam inih. tambahan pula semua staf di sini memang semuanya berbahasa utagha yang agak pekat. tak ada seorang pon yang gataiy2 gewdix2 nak cakap key ell. er er er semua tuh tak pernah dengaq kat ofis inih.hehe. amboi hanis sakannya kau bercerita.jangan nak bocor rahsia2 bertam sudah..hikhik




::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::





setiap hari, sudah semestinya membelek layout bertam yang agaknya sudah khatam berapa banyak kali tak terkira dah. tambahan pula perlu mengetahui segala requirement2 jabatan2 yang terlibat untuk semua plan approval. abg fauzi kata kalau boleh hafal !!




abg fauzi : ceq, arini abg nak bagi ceq tugasan na. ceq pi photostat layout ni, tengok apa jabatan2 tu punya requirements. kalau kita pi MPSP untuk approval nanti, kita dapat tangkap dah apa yang jabatan2 tu nak tengok.


hanis si budak praktikal : okey !! nanti apa2 hanis tanya abg pozi na.


abg fauzi : (angguk )





setengah jam kemudian.





abg jan : anis, jom pi site.


hanis : jom!! tang mana ??hehe


abg jan : tak jadi ah. aku maleh la nak bawak hang. aku nak pi tidoq skali kat site office tu.


hanis : ... nak ikot pegi site ... ( tak mau mengadap layout )



............................................................................



pergi site dgn fahmi, abg jan dan wan ( nama commercial pilaf kat bertam ).

pergi tengok construction manhole, tengok construction low cost housing, pusing tapak bertam perdana 3, n masuk sampel house. chaaaaaaaaaaaaaanteeeeeeeeeeeeekkkk !!





tengah teruja2 masuk sampel house, bos panggil balek..






abg jan : depa duk pikiaq aku ni tak mau bawak balek hang ka?? noh??


hanis si budak teruja : hihik. tak tauw !!


Thursday, May 7, 2009

r i n d u



saya rindukan senyuman begitu....

Petua Berguna

Petua Cepat DiPinang
++Banyakkan Meminum Air Pinang++

Menegangkan Kulit Muka
++Stapler Tempat Yang Kendur Tu++

Menghilangkan Bau Badan
++Berendam Dalam Minyak Wangi++

Melembutkan Rambut
++Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak++

Melebatkan Rambut
++Cari Baja Rambut++

Menghilangkan Ketuat
++Potong Dengan Pisau Cukur Cap Buaya++

Mengempiskan Perut
++Jangan Makan & Jangan Minum++

Mengekalkan Kecantikan
++Kekalkan Mekap, Jangan Basuh2++

Menyegarkan Mata
++Tuang Eye Mo Sebotol++

Mengelak Rambut Gugur
++Lumur Dengan Gam Gajah++

Mengatasi Tumit Pecah
++Jalan Berjengket-Jengket++

Menghaluskan Kulit Muka
++Gosok Dengan Kertas Pasir++

Menaikkan Seri Muka
++Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga++

Menghilangkan Bau Mulut
++Minum Minyak Wangi++

Menghilangkan Lebam Di Mata
++Elakkan Dari Kena Penumbok++


ehehe. harap2 rakan rakan seperjuangan dapat mencuba petua yang tidak seberapa ini.
cuba, jangan tak cuba !! =)
pompuan inih tak suka gambarnya di ambil.
maw mati ka??? baek cuba petua tu ok !!

yB

++ I miss my yB. I miss yB damn much. It’s horrible to feel this way. I knew it. But, what could I do.. at the very early stage of experiencing the mood of working season, yB is not being there for me. How I wish that yB is being here by my side right now. I miss how yB stare unlikely and laugh loudly at me when I make mata juling and making gigi arnab. Yeah. I miss yB. And I know yB is missing me toO..(perasan) ++



yB ++ ( yang berhormat?? ) ( yang berkenaan?? ) (yang berkenan?? )












bikin kacauw !!

Saturday, May 2, 2009

S E N G I H

Hari ini

Aku start kerja.

Sangat letih. Bukan apa. Letih sebab tak larat nak bukak mulut nak sembang dah. Huih. Sampai macam tu sekali.hehe

Actually, I want to post this entry on the right date.27/4/09. But, just like the older entry. Internet tak dak la, sakit bahu la. Heee =)

Now.. both of my tiny2 little eyes is already lying on the ‘ground’. Cannot stand for any other things. They are just waiting for the owner of them to lay them on the ‘ground’ officially. Haha. What on earth la kan.ytwfrqp.

It was like they were hardly shaking a signboard saying “weyh hanis go to sleep lar”. Shadap you tiny eyes.
Dah la kau tuh dah memang tiny, memang lah asyik nak lying je. Gertak hatiku. Hehe

Ok. Baek. !!
Saya hari ini mula praktikal. Oleh itu, letih la jugak kan. nama pun first time. Pergi praktikal hari ini di hantar oleh pak usu. Dalam kereta pak usu kata balik nanti pandai2 na. aishh. Hari first dah dengar ayat camtu. Huhu

Pada hari first inih, memang excited gila. Sengih tu tak tahu nak cakap la kan. Rasanya dari mula2 nampak manis ( manis ke?? ) pastu dah jadi kelat dah la disebabkan sikap asyik dan terlalu tersengih. Tapi mungkin itu suatu perkara yang baik sebelum memulakan perbualan dengan rakan sekerja yang baru. Fuhh. Masa makan tengahari pun dah dibelanja tau. So. Nasihat berguna.. start sengih sekarang !!

Ehh. Dah2. Cukup la sikit2.

anak2 aku sangat besar dan gemok

ini bukanlah sesi untuk meluahkan rasa ketidakpuashatian.
tapi memang beg itu terlalu berat sampai aku sakit bahu gila-gila punya sakit. ehh. apa aku tulis ni. eishh jari2 ni. dah2 la menaip bukan2.

hari tersebut.
actually nak post this entry by last week. but, got problem regarding my sakitness of my bahu yg kecil molek nih. hihik


cuba bayangkan. aku bawak 3 beg. 1 beg laptop, 1 beg baju2 (beg balik kampung pemberian en.abie) and 1 more bag is the backpack.
hah. bayangkan sekarang. jangan tak bayangkan. kalau nampak bayang2 tak usah nak bayangkan dah ok.stop it hanis.

aku bawak semua beg2 tu macam aku nak pindah. tak pon macam nak pergi camping kat mana2. tak pon macam nak pergi melancong. tak pon macam nak lari dari rumah. tapi kalau lari dari rumah dengan beg yang sebesar itu, memang senang kantoi dengan ibu dan bapa. so, bukan macam lari dari rumah.


baiklah. kita teruskan perjalanan.
ok. cuba bayangkan lagi.
aku naik bas dengan membawa 3 beg yang besar2 belaka itu.kemudian nak naik bas pun susah sebab beg2 tersebut tak muat nak masuk pintu bas. bukan sebab aku dah gemok ye kawan2.lepas dah melepasi pintu bas yang kecil itu, (aiceh,taknak mengaku yang beg tu sangat besar), kena pulak halangan nak jalan cari tempat duduk.ish3. ini lagi satu. jalan kat tengah2 tu dah la sangat sempit. nak bawak anak2 aku yang besar nak mati ni. humm. sangat menyeksakan. oleh itu aku just sit je kat tempat duduk belakang driver.aku senang hati=)eh. salah. senang hati aku.
tapi masalah lain pulak timbul kerana anak2 aku sangat besar dan gemok.dah lah tiga2 sekali duk kat atas kerusi sebelah aku ni.ish3. sila geleng kepala sekarang.

Maka penderitaan menggendong anak2 berhenti seketika sebab dah duduk dalam bas..satu jam berada di dalam bas bumiwira itu sangat2 aku manfaatkan untuk melelapkan mata yang sepet ni. yang tak berapa nak sepet. tapi semua orang kata aku sepet. tapi aku tak rasa pon yang aku inih sangat sepet. mama aku pon cakap aku sepet. en. abie pon kata sepet. tapi k.eijan kata mata kuceng. mana satu ni???
aaaarrgghh. shadap hanis.

get back to the track !!stop crapping !!
setibanya di jeti, pergi terminal bas rapid. im taking the 601 rapid bus, rushing to kompleks kailan and waiting for my uncle to pick me up. TAMMAT.
haa. pendek je cerita pasal ending dia. sebab hanya nak stress on sakit bahu menggendong anak2 yang gemok, besar dan berat itu. sekian harap maklum.
still lagi sakit bahu..=(