Followers

Wednesday, April 22, 2009

Bertam ?? Properties ??

everybody say hurray !!






huiy. say la.. i nampak u tak cakap hurray pon. diam ah hanis.







oke3. mari bergembira setelah perit study .. ( urhh. betul ke study?? )


mari menyambut hari kemerdekaan =)


hari merdeka inih hanya untuk 5 hari je.


sebab ape??


haa ini yang kite nak tahu ni. ye dak?? hehe


oke. kembali ke sri pentas. eh tak. kembali kepada cerita asal.


isnin 27/4 sudah mula daftarkan diri untuk praktikal. fuhh. siapa yang tidak cuak @ cuax ( sebut dengan bunyi yang sengau sedikit. sedikit je jangan lebih2 ). saya membuat pilihan untuk mempraktikalkan diri di Bertam Properties. one of developer firm listed under UDA Holding. cewah. nak jugak cakap UDA tuh. hahaha. shadap hanis.


sebenarnya apa yang mencuaxkan saya untuk pergi praktikal adalah kerana jikalau penyelia/bos inginkan pandangan yang bernas dari saya yang kerdil inih untuk projek2 pembangunan yang firm itu buat. walaupun mungkin mereka mahu sengaja testing2 saya jika saya inih pandai berkata-kata atau tidak, ataupun nak test samada saya inih berotakkan geliga atau tidak, tapi itulah yang sesuatu yang menakutkan saya. kalau mereka terima idea kita, pastu dia buat layout mengikut idea kita tu, pastu mulakan kerja2 construction, pastu banyak masalah timbul kerana layout itu,pastu?? camana?? who's to be blamed?? banyak nya pastu kau hanis.


"ni layout tak efektif ni, budak praktikal yang cumey2 tu la punya pasal" kata bos.ihik ihik.


bwekk !!


agak2 kalau muka blurr + selenge macam inih bos nak tanya idea aku tak?? tsk.

Tuesday, April 21, 2009

kau kucin ke??

korang percaya tak yang aku sekarang ini sedang di alam study mode??
haha.

sengaja nak memujuk diri sendiri untuk pergi menstudykan diri.( kepada yang nak ambil exam BM jangan tiru ayat menstudykan oke. yang nak exam geografi pon jangan )
esok hari keramat !!






mengapa ??






last paper laa.. syok3 !!

urban design RPK 332. haishh..
cepat la esok. dah tak larat dah ni..nak balik rumah. nak mandi lama2 (apa kena mengena??), nak makan makanan rumah, nak makan banyak2 tanpa melihat berapa helai duit warna biru di dalam purse, nak main need for speed hot pursuit 2, nak main warcraft, nak main diner dash, nak main batu seremban (tak, ini tipu), nak peluk cium fawwaz, nak main lari keliling meja dengan fawwaz, nak mama, nak ayah, nak semuanya !!
fuhh.. penatnye membebel.
tapi diorang ni lagi suka membebel.



bantal : sudah2 la tu peluk aku. aku pon dah rimas dengan kau lah. pergi mandi !!



katil : entahlah kau ni. asyik nak landing atas aku je keje kau. nasib baik la kau tu tak berapa nak berat. eh3. tade2. pergi study sekarang !!



kertas past year urban design : hanis baby, come here darling. sejak dari you fotostat i dulu, sampai sekarang, you tak pernah pon nak pegang2 i. apetah lagi nak selak2 ape yang ade dekat i ni. sini la sayang.....





????????????

oke. hanis nak tutup mulut sekarang.


muka kucin betul!! ish.



Sunday, April 19, 2009

HTU 223 - TITAS

Hari ini hari isnin.
Hari ini paper HTU 223 ( TITAS ).
Aku benci bace sesuatu yang berkenaan dengan sejarah2 ni.
haishh. dari dulu subjek sejarah memang aku tak pernah nak habis bace. humm..
patutlah aku tak boleh nak skor bagus paper sejarah eh.. T_T




nasib baik semua soalan objektif !! suka2 !!




kembali bersemangat nak fokus baca note yang sedang dipegang tadi.
tipu. masih sedang menekan nekan keyboard laptop. ^^.



happy goodluck to me!!
happy goodluck to me !!
happy goodluck to hanis..
happy tiru to me T_T




Tuesday, April 14, 2009

wonder pets !!


wonder pets wonder pets kami datang

menolong cik farhana dalam kesusahan

kami tak besar dan kami tak kuat

bila bekerjasama semua jadi mudah.



hahahaha. kenapa dalam banyak2 nama, nama cik farhana jugak yang mereka pilih??hihihi

kali ini bukan nak tunjuk wonder pets yang dalam tV tu ye.

ini adalah koleksi 'pets' kami ( saya dan roomate ).


ada ka patut my roomate kasik nama dia totis de anis???!!!

tak patot kan!! untuk vote, taip TP ( tak patut ) dan hantar ke 017.......

sebelum tu share topup rm10 dulu oke.



ini hadiah kesayangan from yukiko de ekin. haha. nak jugak title macam tu. but now name die yang hot sekarang is wafupafu @ waffle. heeee



introducing the most incredible mashimaro. kenapa dia inih dapat title incredible??

sebab dia jadi benda yang paling sesuai untuk sesi acara baling2. syok oo








yang ini pon pet jugak ke?? tapi dalam friendster punya game pets tuh ade jugak menatang inih. haha. humm. btw, this is not mine. kakak iejan punya cactus. pemberian amirul. tapi wonder la..agak2 masih wujud lagi ke tak benda ni. kesian mirul. penat dia bawak dari cameron.T_T








gambar ini khas untuk peraduan cari harta karun. hahaha. pergi kemas meja kau anis !!



p/s : tabung panda tu sampai sekarang tak penuh2. T_T

hanya kerana aku tension !!

apa punya title la kan

entahla. esok exam. tapi still boleh blogging lagi. T_T
ekceli, bosan tahap tak tahu dah tahap apa dah ni. ape yang penting..'kerjasama'.
bukan kerjasama ye adik2.

blogging is fun!! that's it. dont ever deny.
kali ini. terpaksa melanggar janji taknak blogging for few days.
haha. lupekan la sekejap oke!!
melihat aksi2 yang pernah di lakukan dahulu.


ish3. apa yang k.iejan buat tu?? tapi kete proton je.takpe2.haha




ketika sem lepas.pergi usha site kat KOMTAR.(yang tak best tu). kami persi sana nak menyiasat site tu. (MENYIASAT APE???!!!). haha. then mestilah melakukan aktiviti mengambil gambar2 sekitar site dan juga orang2 yg berada dalam lingkungan site. eh. luar site pon ambek jugak. *wink wink*
haha. eish. gataiy eih. ohh. lupa. tuan punya kamera pon mesti di ambil gambar jugak. ini amalan wajib ye. heeee



tengah tengok peta. tapi tak berapa nak paham. dah pusing2 18 kali baru nampak macam komtar. T_T
cian dia.




haha. saya pergi sana dengan roomate tersayang. tujuan adalah nak usha+study site. tapi ape yang penting?? eh bukan. ape yang terjadi??
komtar kan tempat shopping. jadi kita enjoyyyy!! jadi jangan salahkan kami. salahkan ibu mengandung?? pon jangan jugak.



sebelum shopping mesti posing dulu. tapi kalau kau posing cenggini. alamatnye..
semua kedai takut nak bagi kau masuk oke. lagi2 kalau masuk watson. mesti bunyi alarm tu. T_T




haa. this is my roomate. kan i dah kata. kereta proton je kan. hihi
afterall. ape yang saya dapat hanyalah beg2 plastik hasil belian terhebat dengan diskaun terhebat. ytwrft. bersama dengan gambar2 orang yang best. * wink wink *
ohh. gambar hasil shopping tak boleh letak bersama. nanti nampak macam tujuan sebenar nak shopping pulak. tak boleh. tak boleh. =)

Thursday, April 9, 2009

study w e e k !!

minggu ini mungkin tidak menyibokkan diri di depan screen laptop. serta tidak menyibokkan jari menaip di keyboard laptop. study dah mula lama dah. tapi saya baru ja nak masuk ke alam study days. dah tak boleh kata study week dah. isnin ini adalah paper yang pertama. harap sangat boleh jawab dengan senyum. haha. apa aku tulis ni. tak tak. bukan. semoga boleh jawab dengan tenang dan .. umm.. semoga boleh jawab la.haa. tu ja. susah dah la ni nak buat ayat. uhuhu ( korang pun kena sedih jugak ) .

alhamdulillah.

studio boleh tahan. harap boleh support pNG untuk subjek yang lain2. tak sia-sia saya buat sampai tak tidur malam ( tidur siang ) , sakit pinggang, sakit belakang, sakit leher, jarang mandi. tapi dah habis kerja tu mandi la ye. jangan ingat saya tak mandi dah. sangat perit oke. T_T

harap2 boleh maintain sem ni. amin =)


(Gambar lama sem2 1st year)

saja nak unjuk contoh ketekunan buat kerja. hehe

(hitamnye anis!)


ini Mr. si pemberi sepenuh support. memberi tunjuk ajar nak colour dengan cantek. terpaksa mengikut style dia mewarna. drawing dia cantek yang amat. ( pujian berbayar. haha )

anis!! pergi study sekarang !!

Tuesday, April 7, 2009

orang lain ada, aku pun nak letak jugak

budak2 yg lahir pd thn 80 n 90an mesti ingatmase skola rendah dulu:-



:: kat skola ade salesman jual bukucerita.ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.salesman susu pon camtu gak.



:: kat library, budak2 memang baca buku tapi just tengok gambar je.bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.


:: RMT kat skola makanan tak best, tapi yang berduit pun join RMT, x phm....


:: pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah2 die.


:: main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam.padahal itu fungsi sebenar, untuk padam!


:: pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ada air pastu ada benda berkilat dalam air tu.


:: cikgu pakai pembaris kuning panjang.Ada pemegang kat tengah2 tapi tak pernah nampak cikgu pegang pun kat situ.


:: bulu ayam jadi ramping kerana sering dijadikan rotan.


:: semasa pendidikan seni, lukis sume boleh tapi bila nak color semua hampeh.ada jugak buat anyaman pakai kertas warna, kolajla, apa la...


:: main game 2D.super contra, supermario, street fighter, sume pakai tape.haha


:: jam tgn Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar2 color ikut suhu n cuaca.


:: takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak.haish..


:: balik sekolah beli JoJo xpun Dendang.Tora pon best jugak.Beli semata2 nak mainan, coklat dia tak makan pun.


:: Kasut berlampu kat tapak, yang iklan dia kat tV boleh tembak alien tu..


:: Siri kartun; power rangers, ultraman,transformers, ninja turtles, dragon ball,Thundercats, maskman, Gaban dan macam lagi.

uit!! tutup mulut tu sikit. jangan nak sengih lebih2 pulak.

jangan lupa semua ni sebab zaman sekarang budak2 dah tak sempat layan benda2 ni. kita akan sentiasa berubah, cume asal-usul kita yang permanent. huhu

sengaja sengaja

1st try


2nd try


3rd try

hadiah untuk rina

Saturday, April 4, 2009

. b . a . l . i . k .

hey world!!

my MR. is balik rumah. hoh. my roomate also balik rumah. kalau my roomate balik rumah je mesti my Mr. pun kebetulan balik rumah jugak. bosannye. tinggal sorang2 dalam bilik.




humm..
berangan....


mungkinkah kami akan jadi seperti begini ketika usia lanjut nanti? tak mengapalah. kira cute jugak la.hehe

Nik Siti Norsharina

Tak tahu kenapa..


sejak akhir-akhir ni selalu rindukan kawan-kawan lama waktu sekolah dulu. terutamanya rindu waktu kat matrik. mungkin sebab sunyi kot. tapi sunyi kah aku? hahaha. sekali saya jerit je dah xjadi sunyi dah.haha.apa yang aku merepek nih. kyhtfwh.


ok2. saya amat rindu semua orang. saya amat bz lately. sangat sangat. due date kena hantar 2 layout plan, layout commercial dengan layout recreation dengan report sekali isnin ni. uwaaaaaaaaaa. sangat banyak. banyak gila. bertimbon timbon kerja dengan bertimbon timbon baju kat bakul. hahaha. shadap anis.


baek. kembali kepada tajuk. saya amat amat amat amat amat ahmad eh silap, amat rindu nik siti norsharina. please please please give me a chance to meet her. at least once. dah almost 3 years (if im not mistaken) we havent meet. kami kawan baek. bestfriend. couple of the year. best lesbo ever. haha



ini rina. gambar ini sewaktu dia baru je pulih dari di cium charlie . hehe



the red day. rina . ekin . anis .

** ekin. dah lama sangat tak jumpa. u jumpa rina je. tak aci tak aci. rindu kamu oke. **


kami pergi mana sama-sama. tidur sekatil sebantal. makan tak boleh sepinggan. sebab dua2 jenis kuat lantak. kami makan sama sama. kami minum sama sama. ( kalau dah makan mestilah minum kan. tak kira nak cerita jugak. diam kau ). semuanya sama-sama lah kiranya. pergi kuliah sama sama. pergi library teman dia study dating dengan BEN kat bilik discussion. hehe. PakDin kau jangan nak gelak. diam je. sambung balik. kami pergi outing bersama. tapi sejak BEN muncul, (bukan BEN10 ye adik-adik) Rina dah tak pergi outing dengan saya.T_T. jaga kau BEN10. eh tak BEn. tapi tak mengapa. saya suka anda berdua. saya doakan agar kamu berdua kekal sampai kawen. sampai anak cucu cicit cucut ye.






p/s : rina miss yuw so damn much T_T