Followers

Thursday, December 17, 2009

budak kesayangan



Pasti semua orang pun ada budak kesayangan kan. Saya pun ada juga. Walaupun dia bukan adik saya, namun, saya sudah anggap dia seperti anak kesayangan saya. Kenapa ayat seperti sudah tidak sabar2 untuk mendirikan rumah dan tangga?? Wtgyjkf.


gambar ketika umur 2 tahun. sudah pandai mengenali ke'best'an flash kamera.


Fawwaz. Fawwaz Zahin. Itu nama betul dia. Nama tak betul dia AWAZ. Boleh juga kalau AWAS. Ataupun AWAT. Kalau AWAL pun boley juge. Confirm bila sudah dewasa besar panjang lebar nanti jadi hensem, macho, suka pakai spek hitam besar-besar dan mafla lilit leher macam Awal Ashaari. EHeh.


Sedar atau tidak, budak kesayangan tersebut telahpun mencapai umur 3 tahun setengah. Sebenarnya sedar, tapi buat2 seperti tidak sedar seperti zaman kanak-kanak dulu kerana mahu ayah mengangkat mendukung saya untuk ke bilik tidur masa zaman kecil2 dulu. Sengaja buat2 sudah tertidur. Sengaja mahu ayah dukung. Kenapa boleh tercerita perangai mengada2 aku nih??. Tolong halang saya dari bercerita perkara yang bukan2 yang cukup enak di dengar mahupun dibaca.


Sejak dari umur selepas pantang, ( 40 hari kot ), mama sudah mengambilalih tugasan menjaga budak gomok tersebut. Beliau memang gemok ketika zaman kecilnya dahulu.(macamlah sekarang ini dia sudah dewasa). Namun, setelah meningkat ke alam 3 tahun ni, dia sudah pandai berdiet. Eh. Tak. Dia sudah pandai memilih makanan dan sudah terer memberi alasan untuk tidak memakan sesuatu makanan sampai mama pun sudah tidak larat lagi melayan kerenah budak separa gomok itu. Namun, kami adik beradik amat suka membuli budak itu. Mungkin sebab itu juga dia menjadi semakin slim kerana terlalu aktif. TERLALU aktif ok.




sudah berumur 3 tahun. sudah besar.



juga ketika umur 3 tahun. see.. my bear pon dia hambek jugak.



Segala perhatian boleh dikatakan diberikan kepada Fawwaz. Gelak ketawa riang fawwaz serta gelak ketawa berdekah-dekah serta mengilai kami adik beradik memeriahkan suasana hari raya di rumah. Sehari tanpa kelibat fawwaz di rumah, kami sudah rindu. Tanpanya di sisi, hidup ku ibarat tiada serinya lagi. Kenapa ayat sudah semakin menjiwang ni. Eheh.


Apa pun, yang pastinya, dia merupakan adik bongsu kami. Walaupun tidak ber’bin’kan sama seperti adik beradik yang lain a, but, he is still our youngest brother =)

0 Bebelan: