Followers

Sunday, December 20, 2009

PESTA PENANG SUNGAI NIBONG

hellow yellow mellow semuwew.


ahah. awal2 lagi cik kak ni dah tunjuk gedik gegeh dia dah. sapa tak tau gegeh tu apa sila angkat kening!! haa.. duk angkat kening la tu. saya nampak =)

meh nak habaq.. gegeh tu macam hegeh2 ngengada gedik gatai ghenyam.. haa. cam tu lah.
haish ampa ni sapa suh cik kak hanis ni duk explain. kan dia dah semboq2 tekeluaq suma loghat utagha dia. pi mintak maaf lekaih. eheh.


baiklah kembali ke sri pentas.
Kepada yang membaca entri kali ini, pernahkah anda sampai di bumi Pulau Pinang?
Kepada pengunjung tegar Pulau Mutiara ini, pastinya anda tidak akan terlepas dari melepaskan batuk di tangga. eh3. bukan. Pastinya anda tidak akan terlepas dari menjejakkan kaki tangan ke Pesta Penang di Sungai Nibong tu. Terletak sebelah je dengan stesen bas Sungai Nibong. haa, kan senang kepada pengunjung2 yang datang naik bas rapid, bas ekspress, bas sekolah, bas kilang, bas pekerja dan beras basmati Tajmahal. turun pun taknak ikut tangga pintu bas, kalau boleh nak keluar ikut tingkap sebab boleh nampak tapak pesta dari dalam bas. (tipu kan)



hah. inilah dia bukti pemergianku ke pesta Penang.
( kenapa tiket ini nampak gemuk semacam. pembaca, jangan tertipu, tiket ini tidaklah segemuk ketot ini =) )


Sapa yang pernah mai tahun2 lepaih, sila mai lagi. hat yang tak pernah mai, ampa semua memang rugi kalau tak mau mai langsung. pasai pa? banyak yang ampa akan terlepas. terlepas batuk di tangga. haih hanis ni duk batuk2 dari tadi. tau la dia tengah sakit tekak akibat kurang minum air, pastu nak bagitau semua orang pulak. -_-'


OK. kepada orang yang macam saya yang first time datang Pesta Penang sebab baru sekarang ada masa untuk menatang inih, saya sangat teruja sejak masuk entrance dia untuk cari tempat parking. dalam pukul 9 mlm kami ( saya dan dot dot dot ) sampai dan terus ke kaunter tiket masuk. baru selangkah masuk saya dah nganga. tolong jangan bayangkan muka hanis tengah nganga. saya 'ter' sebab tengok tapak pesta itu sangat meriah blingbling gemerlapan lampu2 neon. o_O


haa. SAYA AMAT SUKA TENGOK BLINGBLING LAMPU NEON WAKTU MALAM. saya suka sangat. xtahu kenapa. tapi jangan pulak lepas ni kalau nak bagi hadiah birthday ke, hadiah ulangtahun sunat ke, atau hadiah harihari korang nak bagi lampu kalimantang kat aku. tak larat aku nak pasang kat rumah. lagipon xmampu aku nak bayar elektrik yang bertimbun2. =)



see.. liplapliplap kan!


baiklah. mari teruskan. mesti anda tertanya2 apa yang best seronok exciting sangat yang ada kat Pesta Penang tu kan. Kalau sudah namanya pesta, maka mestilah tempatnya wajib happening meriah gah terang benderang liplapliplap. haha. tidak kira berapa pon umur korang, korang boleh datang sebab benda2 yang disediakan di pesta ini sesuai dengan semua peringkat umur. Tempat shopping? ada. nak barang apa habaq mai semua ada dari yang sekecil2 jarum peniti sehinggalah karpet permaidani seluas rumah. hah. Tempat urutan? ada. urutan tradisional Indonesia lagi. Tempat makan? ada. food court macam2 ada. Tempat u' uh? ada. tandas awam banyak. Tempat tidoq? ampa balik umah la camtu =P. Tempat main? BANYAAAK.


waktu saya pergi pesta ini tempoh hari, saya rasa macam nak tercabut bijik mata sebab mengalami masalah dalam memilih pasangan yang sesuai. eh eh. memilih game atau permainan mana nak main. banyak. untuk yang suka extreme2 boleh pilih challenger, pilih sotong yang kaki banyak pusing2, top gun, atau pilih yang pusing2 naik atas lepaihtu dia biaq kita benti kat atas tu. haa.. seram kan. semua game pon nak pusing2 je.



challenger berhenti sekejap


tengok!! challenger dah terbalikkan orang yang duduk dalam tu.
fuhh semangaat !





yang ni pulak saya panggil sotong yang banyak kaki tu yang pusing2 tu.
bukan yang depan ni. yang belakang tu ye -_-'




sapa berani naik yang ini memang power. mesti mengucap banyak2 dan mintak ampun zahir batin mak ayah sebelum nak naik.


untuk yang suka ringan2 atau lebih tepat untuk yang bawa anak2, boleh pi naik crazy wave, ferris wheel, kereta langgar2, naik kereta yang tak langgar2 atau mini roller coaster. Yang tak pernah merasa di sentuh tangan hantu, (hantu ade tangan ke?) boleh cuba masuk rumah hantu di Pesta Penang dan alaminya sendiri. cewah. macam tagline pulak.


the crazy wave



ferris wheel (behind)


Tak dilupakan juga kepada pihak penganjur yang dah invite berpuluh2 artis datang ke tapak pesta untuk memeriahkan lagi majlis. eheh. dot dot dot yang datang bersama saya pon cakap yang pesta Penang kali ini lebih meriah dari tahun2 sebelumnya. dia kata dah macam jom heboh yang ada funfair. heheh =P


kami balik pukul 10.30 malam selepas mengisi perut sekembung-kembungnya di food court kat pesta. yang peliknya, ketika kami keluar dari pagar entrance yang jual tiket masuk tu, saya dah tak nampak orang yang jaga kaunter tiket. maka... dah mula terfikirkan sesuatu. HIPOTESIS.. lebih lewat lebih bagus sebab tak perlu bayar untuk tiket masuk. redah je. -_-'




belum.


dah ! bulatnya!




walaubagaimanapun, saya tetap rasa seronok yang amat, sebab..
"yessssss!! akhirnya aku buleh bangga aku pi jugak pesta Penang walaupun dah duduk Penang 3 tahun."


2 Bebelan:

amirah said...

wah pnjg betul cerita...seronok nmpk kat pesta ciap pomot g...hehe...bgs2

sy lom p pesta ag...xterasa nk p pulak..huhu
tp lau nk p dkt ja xsmpai 10 mnt
cuma mls lor

name saye hanis said...

hye hye hye amirah!!
hehe. mai la pesta penang =)
amboi dekat ja. mai jgn x mai!